Isnin, 22 April 2013

SECEBIS INGATAN.. edit


  [Edit]

Anda telah sedia bercouple jika..niat anda memang untuk berkahwin dengan si dia demi menjaga agama & akhlak agar sentiasa terpelihara..
Sebaliknya anda belum bersedia jika..
niat hanya untuk suka-suka atau ingin berseronok-seronok demi melayani nafsu & perasaan semata-mata..

Anda telah bersedia untuk bercouple jika..
sudah punya kekuatan & ketahanan diri untuk tidak terlibat dengan perkara-perkara yang diharamkan oleh agama seperti BERPEGANGAN TANGAN..

Sebaliknya anda belum bersedia jika..masih sukar melawan nafsu & tidak punya keyakinan untuk melakukan diri daripada melakukan perbuatan negatif..
Anda telah bersedia untuk bercouple jika..sudah 'lepas' ilmu fardhu ain dan mempunyai tahap pencapaian akademik yang baik dalam bidang anda.atau sebaik-baiknya sudah mempunyai pekerjaan yang tetap..
Sebaliknya anda belum bersedia jika..masih kandas ilmu fardhu ain.mengaji Quran pun lintang pukang & ada masalah besar dalam pelajaran.atau adalah penganggur yang masih tercari-cari pekerjaan..
Anda telah bersedia untuk bercouple jika..sudah istiqamah menjaga solat lima waktu,brpuasa dibulan ramadhan dan sedang berusaha sedaya upaya menjadi muslim yang sebenar.
Sebaliknya belum bersedia jika..mengucap dua kalimah syahadah pun belum fasih,solat jarang-jarang, puasa kadang-kadang...
Anda telah bersedia untuk bercouple jika..
ilmu yang anda ada sudah boleh diajar dan dipraktikkan berlandaskan hukum syara'.

Sebaliknya belum bersedia jika..ilmu yang dipelajari sering dilupakan dan tidak di aplikasikan dalam kehidupan...
Anda telah bersedia untuk bercouple jika..
anda sentiasa terasa diawasi olehNya dan berasa malu yang amat sangat jika berbuat dosa terhadapNya.

Sebaliknya belum bersedia jika..seringkali tidak amanah dengan perintah dan suruhanNya...
RENUNG-RENUNGKANLAH WAHAI SAHABAT...
Posted at 03:22 pm by mann

Tiada ulasan :

Catat Ulasan