Monday, July 31, 2006
Kelebihan Bulan Rejab
"Sabda
Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah
muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat. Sabda Nabi s.a.w.:
Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.
Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya,
Sya'aban dengan malam NISFUnya
Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya
Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Imam Nawawi)
* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).
* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
*
Puasa tiga hari pada bulan Rejab d! ijadikan parit yang panjang, yang
menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).
*
Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada
penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.
*Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.
* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.
* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.
* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.
* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.
*
Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan
perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari
kiamat.
*
Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di
dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
*
Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di
hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.
*
Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah
lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya
(pembaharuan umur).
Berkata Saidina Ali:
* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.
Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas segala Qalam.
Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.
Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.
Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.
Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.
Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan
Rejab wajib baginya:
* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.
Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti.
Sasiapa
bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan
kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat
seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.
Tiap
sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab
seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan
seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali. Bulan Rejab
bulan Allah.
Bersedekah
pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan
bulan Rejab, Bulan Allah.Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi,
yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada
tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad. Allah
menjawap: Telah aku ampunkan mereka!
Barangsiapa
meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi danpetang 70 kali atau
100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.
Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:
"Telah
wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku
dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu
dibawah `arasyKu, engkau kekas! ihKu daripada segala makhlukKu, engkau
terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan
antarakau".(dari kitabRaudatul Ifkar)
Puasa
pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika
disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran
hari ISRAK-MIKRAJ.
Siapa
melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan
Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga
Firdaus.
Siapa
berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya
(berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.Diampunkan baginya 70
dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar
nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat
ketika terbang suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titi
Sirotalmustaqim.
Rejab
ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah,
kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemulia! an bulan Rejab itu
maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya
yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada
siangnya dan beribadat pada malamnya. Demikianlah peri keistimewaannya
keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.
REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.
REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.
REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.
P E R H A T I A N
Beramallah menurut kemampuan masing-masing, jika tidak dapat melaksanakannya janganlah ditinggalkan semuanya.
Tiada ulasan :
Catat Ulasan