Monday, September 18, 2006
9 Sifat Perempuan Yg Menjadi Perhatian
1.Sikap Keibuan
Banyak
lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut,mengambil
berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuatlelaki
berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati
ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan
sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing2.
2.Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yg menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yg membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yg menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yg membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.
3.Penuh Pengertian
Sikap
pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya.
Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yg
tepat utk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki
melakukan kesilapan, wanita yg berpengertian tidak terus mengeluarkan
kata2 yg kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.
kata2 yg kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.
4.Menghargai
Wanita yg menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dgn wanita yg suka diperlakukan dgn lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dgn tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.
Wanita yg menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dgn wanita yg suka diperlakukan dgn lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dgn tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.
5.Menjaga Penampilan
Lelaki
menyukai wanita yg pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan
cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yg baik menunjukkan
wanita tersebut menghargai dirinya.Dia akan murah senyuman, pandai
merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yg terbaik
kepada dirinya.Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak
langsung memancarkan pesona yg menyebabkan lelaki juga menyukainya.
Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan
dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yg
tidak suka isteri yg masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya
anak 3??
6.Pandai berbicara
Lelaki
tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual.
Walau topik perbualan yg disukai lelaki berbeza dgn topik kegemaran
wanita,wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman
berbual yg pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yg baik. Dia
juga tahu menjadi pendengar yg baik, serta mengalihkan topik yg agak
serius kepada perbualan yg lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita
yg suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka
lelaki dgn baik dab berfikiran terbuka.
7.Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita
yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata
lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yg lebih tua dan cara
berhadapan dgn orang yg lebih muda. Apabila berhadapan dgn suasana yg
baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia
mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di
kampung.
8.Menghormati Diri Sendiri
Lelaki
suka dgn wanita yg menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita,
bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yg menghormati dirinya
sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan
oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan
dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan
merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki
memperlakukan dirinya sesuka hati.
9.Simpati dan prihatin
Lelaki
suka wanita yg murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg
susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg wajar
dan spontan mencerminkan hati yg mulia. Ada kecantikan dalaman pada
dirinya yg memancar keluar dgn indah dan mempesona.
p/s: Hawa itu ciptaan Allah dar rusuk kiri Adam....
Wanita juga tangan yang bisa menggegar dunia kerana lahir dari rahimnya seorang lagi umat Nabi Muhammad S.A.W. maka wahai Adam & Hawa didiklah zuriat kamu tidak kira lelaki mahu pun perempuan ke jalan REDHA ALLAH (nur)
Tiada ulasan :
Catat Ulasan