Monday, July 14, 2008
Ada 3 jenis rumah, pertama : rumah raja – di dalamnya ada
simpanannya, tabungannya serta perhiasannnya. Kedua : rumah hamba – di
dalamnya ada simpanan, tabungan dan perhiasan tidak seperti yang
dimiliki seorang raja. Dan ketiga : adalah rumah kosong – tidak ada
isinya.
Jika datang seorang pencuri, rumah mana yang akan dimasukinya ?
Apabila anda menjawab, pencuri akan masuk rumah yang kosong, tentu
ia merupakan satu hal yang tidak masuk akal, kerana rumah kosong tidak
ada barang yang boleh dicurinya.
Sebab itulah dikatakan kepada Ibnu Abas Radhiallhu’anhu , bahwa ada
orang – orang yahudi mengatakan bahawa di dalam solat, mereka ‘ tidak
pernah terganggu ‘. Maka Ibnu Abbas berkata : Apakah yang boleh
dikerjakan oleh syaitan dalam rumah yang sudah rosak?”
Bila jawapan anda adalah, “ Pencuri itu akan masuk rumah raja.” Hal
tersebut bagaikan sesuatu yang hamper mustahil, kerana tentunya rumah
raja dijaga oleh pengawal dan tentera, sehingga pencuri tidak mungkin
mendekatinya.
Bagaimana mungkin pencuri tersebut mendekatinya sementara para pengawal dan tentera sentiasa siap sedia di sekitar raja ?
Sekarang tinggal rumah ketiga, maka hendaklah orang – orang berakal
memperhatikan permisalan ini sebaik – baiknya, dan menganologikan (
rumah ) dengan hati, kerana inilah yang dimaksudkannya.
Hati yang kosong dari kebajikan, iaitu hati orang – orang kafir dan
munafik, adalah rumah syaitan yang telah menjadikannya sebagai benteng
bagi dirinya dan sebagai tempat tinggalnya. Maka adakah rangsangan
untuk mencuri dari rumah itu sementara yang ada di dalamnya hanyalah
peninggalan syaitan, simpanannya dan ganguannya ( rumah ketiga ) ?
Hati yang telah dipenuhi dengan kekuasaan Allah s.w.t dan keagungan
Nya , penuh dengan kecintaan Nya dan sentiasa dalam penjagaan Nya dan
selalu malu dariya, apa yang akan dicurinya ( rumah pertama ) ?
Hati yang di dalamnya ada tauhid Allah, mengerti tentang Allah,
mencintaiNya dan beriman kepada Nya serta membenarkan janji Nya, namun
di dalamnya ada pula syahwat, sifat buruk, hawa nafsu dan tabiat tidak
baik hati. Hati ini ada di antara dua hal. Kadang – kadang hatinya
cenderung kepada keimanan, ma’rifah dan kecintaan kepada Allah semata –
mata, dan kadang – kadang condong kepada panggilan syaitan, hawa nafsu
dan tabiat tercela ( rumah kedua ).
Hati semacam inilah yang dicari oleh syaitan dan diinginkannya. Dan
Allah memberikan pertolongan Nya kepada yang dikehendaki Nya. “ Dan
kemenanganmu hanyalah dari Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha
Bijaksana.” Al Imran : 126
Syaitan tidak boleh menganggunya kecuali dengan senjata yang
dimilkinya, yang dengannya ia masuk dalam hati. Di dalam hati seperti
ini syaitan mendapati senjata – senjatanya yang berupa syahwat,
syubhat, khaylan – khayalan dan angan – angan dusta yang berada dalam
hati.
Saat memasukinya, syaitan mendapati senjata – senjata tersebut dan
mengambilnya serta menjadikannya menetap di hati. Apabila seorang hamba
mempunyai benteng keimanan yang mengimbanginya serangan tersebut, dan
kekuatannya melebihi kekuatan penyerangnya, maka ia akan mampu
mengalahkan syaitan. Tiada daya dan kekuatan kecuali dari Allah semata
– mata.
(Olahan: Man)
Tiada ulasan :
Catat Ulasan