Oleh : Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj
"Melalui
emel, seorang wanita bertanya apakah keturunan menyumbang perihal
jodoh. Kakaknya sudah berumur 35 tahun masih belum berkahwin. Usianya
sendiri sudah 25 tahun dan masih belum punya teman."
Tidak,
jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia
bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya
jauhlah perjalanan kita. Ada
orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya
belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang
usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah
perasaan dan keinginan anda itu dalam doa-doa lewat sembahyang. Allah
mendengar.
Wanita
baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang
jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri
daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.
Memang
kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku
pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar
mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.
Kita selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati
kita, bahagianya orang itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah
memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula
orang yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah)
terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi
jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar
berlipat ganda.
Ketika
anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah
hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya
kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat
sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin
sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tengah-tengah
bandar raya.
Bukan
semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda,
pasti ada baik buruknya.
Demikian
juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi,
sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina
sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai orang yang
berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.
Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan qabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?
Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan qabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?
Berapa
ramaikah yang menyesali perkahwinan masing-masing padahal dahulunya
mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang
sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?
Jika
tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika
merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,
belajarlah dulu. Jika rasa-rasa belum bersedia untuk bersabar dengan
kerenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu
sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi
telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut
tatkala cuba mendaki naik
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti tuntutan-tuntutannya.
Berkahwin
itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya
gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga
sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan
kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya.
Fesyen Jilbab raya 2012 |
Berkahwinlah
anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan
mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan
datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar
jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.
P/s: Original image from owner blog
2 jiwa 1 hati (20.11.2011) |
Tiada ulasan :
Catat Ulasan