Wednesday, September 05, 2007
Bagi
golongan lelaki, Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Seorang wanita itu
dinikahi kerana empat; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana
kecantikkannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengutamakan
yang beragama, nescaya kamu berbahagia.” [1] Hadith ini telah direkodkan
oleh kedua-kedua Imam Bukhari dan Imam Muslim di dalam kitab sahih
mereka serta imam hadith yang lain.
Secara terang Rasulullah s.a.w telah mengarahkan agar seorang lelaki memilih wanita yang beragama sebagai isteri serta menjanjikan kebahagiaan ke atas pilihan yang berasaskan agama.
Bagi golongan wanita pula Rasulullah telah mengenakan dua syarat pilihan iaitu hanya menerima lelaki yang beragama dan berakhlak sebagai suami. Ini menunjukkan Islam amat menjaga kebajikan wanita.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia, jika tidak kamu lakukan demikian akan berlakulah fitnah di bumi dan kerosakkan yang besar.” [2]
Di dalam riwayat yang lain, menurut Abu Hatim al-Muzani r.a., selepas Rasulullah s.a.w bersabda seperti di atas, lalu para sahabat bertanya, “Ya Rasulullah ! Walaupun dia telah mempunyai isteri?” Lalu Rasulullah s.a.w mengulangi, “Apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia!” sebanyak tiga kali. [3]
.
Wallahu’alam.
.
.
.
Nota Kaki
~~~~~~
[1] http://hadith.al-islam.com, Sahih Muslim, #2661.
[2] http://hadith.al-islam.com, Sunan Tirmizi #1004. Bertaraf hassan.
[3] http://hadith.al-islam.com, Sunan Tirmizi #1005. Bertaraf hassan.

Tiada ulasan :
Catat Ulasan