Penjelasan:
Ayat Kursi diturunkan pada suatu malam
selepas Hijrah.
Menurut riwayat, ketika ayat kursi diturunkan disertai dengan
beribu-ribu malaikat sebagai penghantarnya, kerana kebesaran dan
kemuliaannya. Syaitan dan Iblis menjadi gempar kerana adanya suatu
alamat yang menjadi perintang dalam perjuangan nya. Rasulullah S.A.W.
segera memerintah kepada penulis al-Quran iaitu Zaid bin Thabit agar
segera menulisnya dan menyebarkannya. Ada terdapat sembilan puluh lima
buah hadis yang
menjelaskan fazilat ayat kursi. Sebabnya ayat ini disebut ayat KURSI
kerana di dalam nya terdapat perkataan KURSI, ertinya tempat duduk yang
megah lagi yang mempunyai martabat. Perlu di ingat, bukan yang di
maksudkan dengan KURSI ini tempat duduk tuhan, tetapi adalah KURSI itu
syiar atas kebesaran Tuhan.
Khasiat Ayat Kursi:
1.
Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan istikamah setiap kali selesai
sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali masuk kerumah
atau kepasar, setiap kali masuk ke tempat tidur dan musafir, insyaallah
akan diamankan dari godaan syaitan dan kejahatan raja-raja (pemerintah)
yang kejam, diselamatkan dari kejahatan manusia dan kejahatan binatang
yang memudharatkan. Terpelihara dirinya dann keluarganya, anak-anak nya,
hartanya, rumahnya dari kecurian, kebakaran dan kekaraman dengan izin
Allah s.w.t.
2. Terdapat keterangan dalam kitab Assarul Mufidah,
barang siapa yang mengamalkan membaca ayat kursi, setiap kali membaca
sebanyak 18 kali, inyaallah ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dada
dengan berbagai hikmat, dimudahkan rezekinya, dinaikkan martabatnya,
diberikan kepadanya pengaruh sehingga orang selalu segan kepadanya,
diperlihara dari segala bencana dengan izin Allah s.w.t.
3. Salah
seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi
Lababah r.a, membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap
hari ada benteng pertahanan Rasulallah s.a.w.
4. Syeikh Abul
‘Abas alBunni menerangkan: “Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan
kata-katanya (50 kali), di tiupkan pada air hujan kemudian diminumnya,
maka inysyaallah tuhan mencerdaskan akalnya dan memudahkan faham pada
pelajaran yang dipelajari.
5. Sesiapa yang membaca ayat Kursi
selepas sembahyang fardhu, Tuhan akan mengampunkan dosanya. Sesiapa yang
membacanya ketika hendak tidur, terpelihara dari gangguan syaitan, dan
sesiapa yang membacanya ketika ia marah, maka akan hilang rasa marahnya.
6.
Syeikh alBuni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak
hitungan hurufnya (170 huruf), maka insyaallah, Tuhan akan memberi
pertolongan dalam segala hal dan menunaikan segala hajatnya, dam
melapangkan fikiranyan, diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya
dan diberikan apa yang dituntutnya.
7. Barang siapa membaca ayat
Kursi ketika hendak tidur, maka Tuhan mewakilkan dua malaikat yang
menjaga selama tidurnya sampai pagi.
8. Abdurahman bin Auf
menerangkan bahawa, ia apabila masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi pada
empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan
pelindung syaitan.
9. Syeikh Buni menerangkan: sesiapa yang takut
terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran denga
nisyarat nafas sambil membaca ayat Kuris. Kemudian ia masuk bersama
jamaahnya kedalam garis lingkaran tersebut menghadap kearah musuh,
sambil membaca ayat Kursi sebayak 50 kali, atau sebanayk 170 kali,
insyaallah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan memudharatkannya.
10.
Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa; sesiapa yang
membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam sehari semalam selama 40
hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi alQuran yang mulia, Tuhan akan
membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksud dan diberi
pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Qur’an)
11.
Rasullullah s.a.w bersabda bermaksud:”Sesiapa pulang kerumahnya serta
membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran didepan matanya”.
12.
Sabda Baginda lagi: ”Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi
Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah
memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar”.
13. Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai Allah dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.
14.
Mereka yang beramal dengan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta
perlindungan Allah daripada gangguan dan hasutan syaitan.
15.
Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah,akan terhindar daripada
pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat
pencuri daripada memasuki rumah.
16. Mengamalkan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanan.
17. Ayat Kursi yang dibaca dengan khusyuk, Insyaallah, akan menyebabkan syaitan dan jin terbakar.
18.
Jika anda berpindah kerumah baru maka pada malam pertama anda menduduki
rumah itu,eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali,
insyaallah,mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar dari gangguan lahir
dan batin.
19.
Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir setiap solat fardhu, ia
akan berada dalam lindungan Allah hingga solat yang lain.
20.
Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir setiap sembahyang, tidak
menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa
membacanya ketika hendak tidur, Allah akan memelihara akan dia keatas
rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.
21.
Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang
Fardhu, Allah akan menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur
perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah akan melimpahkan
padanya rahmat.
22.
Barang siapa yang membaca ayat Kursi sebelum keluar rumahnya, maka
Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon
keampunan dan mendoakan baginya.
23.
Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir sembahyang, Allah azza
wajalla akan mengemdalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti
orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.
24. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika kesempitan, nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.
selamat beramal