Ahad, 1 September 2013

Pokok Herba/Ulaman Kampung

Pokok Herba


                                                              pokok kaduk  

Inilah rupa pokok kaduk.. Sekali tengok macam daun sirih, tapi bukan. Kalau nak tahu perbezaannya, pokok sirih ada junjung tempat dia naik menjalar.. tapi pokok kaduk tumbuh melata dan mudah membiak.. Daun kaduk selain dibuat ulam dan kerabu, biasanya dicampur ke dalam masakan gulai siput sedut (siput sawah). Boleh juga dicampurkan ke dalam masakan singgang asam pedas (bagi orang-orang Kelantan/Terengganu). Mieng Kham juga satu hidangan istimewa pembuka selera, cukup popular di kalangan orang-orang Thai, juga disedikan dengan daun kaduk. 





pokok kemangi

Daun ini licin berbau, harum dan digunakan sebagai rencah, perasa juga sebagai ulam. Selasih hitam berbunga gelap dan berbau kuat sementara kemangi jantan mempunyai bunga berwarna cerah. Bunganya dalam bentuk karangan di hujung ranting yang tegak. Kelopak bunga yang tua mudah tumbuh meliar dan membiak melalui biji.

Daun pokok kemangi dapat mengubati batuk kerana bersifat narkotik ringan. Caranya dengan meramas daun dan menyapukannya pada leher atau mengunyah lima helai daun di waktu pagi dan petang. Air rebusan daun yang diminum mampu menyembuhkan selesema, resdung, asma dan membuang angin dalam badan. 

Campuran kemangi, lada hitam, halia dan madu dipercayai boleh mengurangkan stress, tekanan darah tinggi, kolesterol dan menstabilkan kandungn gula dalam darah. Amalan mengunyah daun juga dapat menghilangkan bau nafas.

Bijinya apabila direndam ke dalam air akan mengeluarkan jeli yang bersifat diuretik, stimulan dan merangsang pengeluaran peluh. Selain itu biji kemangi jantan yang telah direndam boleh mengubati penyakit usus dan sakit buah pinggang dan merendahkan suhu badan.



                                                                terung pipit






Terung pipit atau juga dikenali sebagai terung rembang (rimbang dalam bahasa Minang), atau terung manggul adalah sejenis ulam yang terdapat di hutan ASEAN. Nama botani terung ini adalah Solanum tarvum.

Khasiat
Secara saintifik
Dalam tiap 100 g bahagian yang boleh dimakan mengandungi: air 89 g, protein 2 g, lemak 0.1 g, karbohidrat 8 g, serat 1.0 g, kalsium 50 mg, fosforus 30 mg, ferum 2 mg, vitamin A 750 I.U., vitamin B1 0.08 mg, vitamin C 80 mg.

Secara tradisi

Buahnya mengandungi banyak khasiat. Antaranya dengan meminum air rebusan buah ini dapat meredakan kesakitan akibat sakit perut yang berterusan. Selain itu akarnya pula dapat mengubati retak kulit pada kaki.

Batangnya berkayu liat, mempunyai dahan banyak dan berduri. Daunnya berpasangan dan mudah, bergaris bentuk bujur dan terdapat juga duri pada urat daunnya. Bunganya berjambak-jambak di hujung atau terminal ranting, berwarna putih.

Penggunaan

Pokok terung pipit mempunyai potensi bagi membersihkan kawasan tercemar kerana ia mampu menyerap logam berat dari tanah. Bagaimanapun, pokok yang ditanam bagi tujuan ini tidak sesuai digunakan sebagai sumber makanan bagi mengelak keracunan kepada manusia yang memakannya.

Sesetengah jenis pokok terung pipit (dari Mexico) mengandungi alkaloid glycosilated yang boleh digunakan bagi menghasilkan hormon steroid (Lewis et al., 1970; Maití et al., 1979), menjadikan spesies ini penting dari segi ekonomi., Selain itu setengah jenis terung pipit yang putik boleh menyebabkan gejala neurologikal dan sakit perut (“gastrointestinal” berpunca dari solanaceous steroidal glycoalkaloids (SGAs).

Khasiat Terung Pipit

Merupakan tumbuhan liar di Malaysia dan di negara-negara tropika.Biasanya dimakan secara mentah ataupun dicelur untuk dijadikan ulam. Dikenali sebagai Solanum torvum ,dalam nama sainsnya.

Daripada kajian, terung ini mengandungi 2% protein, 0.1% lemak, 7.9% karbohidrat serta mengandungi fosforus, sedikit zat besi, banyak vitamin A dan C dan sedikit vitamin BI.Terung ini juga mengandungi alkoloid jenis steroid yang dikenali sebagai soladin dengan kandungan sebanyak 0.84%.

Buah ini mengandungi banyak khasiat. Antaranya dengan meminum air rebusan buah ini dapat meredakan kesakitan akibat sakit perut yang berterusan.Selain itu akarnya pula dapat mengubati retak kulit pada kaki.




pokok maman

Nama Saintifik: Cleome gynandra
Famili: Capparidaceae

MAMAN adalah sayuran tradisional yang sangat digemari masyarakat desa. Pucuk atau daun muda yang dijeruk dimakan dengan nasi. Air jeruknya menjadi cicah ikan bakar atau dihirup seperti sup. Rasa masam jeruk maman ini merangsang selera sehingga nasi lebih enak dimakan dan lebih berselera daripada biasa.

Pucuk Maman juga menjadi sayuran penyedap rasa dalam pindang ayam atau ikan dan pelbagai resipi masakan tradisional yang digemari.








Maman, herba semusim setinggi antara 60 hingga 80 sentimeter (sm). Batangnya lembut, bercabang di bahagian atas dan berwarna hijau kemerahan. Daun kompaun palmat yang terdiri daripada 3 hingga 5 segmen berbentuk obovat. Petiol 5 hingga 10 sm panjang. Infloresen terminal rasem dengan bunganya yang berwarna putih keunguan. Buah kapsul berbentuk silinder, 3 hingga 11 sm panjang, 3 hingga 6 milimeter (mm) lebar dan hujung berparuh runcing. Pedisel 1 hingga 3 sm panjang. Buahnya mengandungi biji-biji kecil berwarna hitam keperangan.

Maman mengandungi khasiat makanan yang tinggi. Dalam tiap-tiap 100 gram (g) bahagian yang boleh dimakan, Maman mengandungi air 88.3 g, protein (4.1 g), lemak (0.5 g), karbohidrat (3.5 g), serat (1.8 g), kalsium (275 mg), fosforus (28 mg), ferum (8.1 mg), natrium (16 mg), kalium (269 mg), karotena (5,816 ug), vitamin A (969 ug), vitamin B1 (0.14 mg), vitamin B2 (0.24 mg), niasin (1.4 mg) dan vitamin C (72. mg).

Maman mudah dibiakkan dengan menyemai biji benih. Tanaman ini adalah tanaman parak dan sering ditanam selepas pembukaan tanah baru. Biji maman ditaburkan di tempat yang dibakar. Selepas 3 hingga 6 minggu atau sebelum berbunga maman ini dituai pucuknya atau dicabut terus. 


pokok pegaga

Pegaga tumbuh di kawasan tropika yang terbuka dan tumbuh melata. Antara jenis-jenisnya ialah :-
1. Pegaga cina atau pegaga nyonya yang berdaun kecil,
2. Pokok Pegaga Daun Lebar,
3. Pokok Pegaga Kelantan,
4. Pokok Pegaga Renek
5. Pokok Pegaga Salad
6. Pokok Pegaga Gajah
7. Pokok Pegaga Brunei
Khasiat
Pegaga kaya dengan pelbagai zat makanan seperti protein, gentian, zat besi, vitamin A dan C. Amalan memakan daun pegaga dipercayai boleh mengekalkan awet muda serta mengelakkan masalah kegemukan.
Antara khasiat lain pegaga adalah:
* penawar alahan
* anti kanser
* melawaskan air kencing
* penawar batu karang
* penawar kencing berdarah
* penawar ulser
* merangsang peredaran darah
* merawat cirit birit
* menurunkan tekanan darah

Kebiasaannya kegunaan pegaga di rumah ni bagi masakan lemak..Tapi boleh juga dimakan begitu saja.. Ops kena basuh lah dulu nanti ada plak kena kuman plak..
Selain itu ianya boleh dijadikan sebagai ‘jus’ dengan mem’blender’ pegaga tersebut. Tapi saya tak pernah cuba lagi (rasanya ada dikomersialkan ) ..
Kepada sesiapa yang ingin melakukan penanaman taman dapur (edible garden), rasanya pegaga ini sesuai untuk dijadikan sebagai landskap memandangkan ianya tidak tinggi sebaliknya menjalar di tanah.

                                                                     cekur manis

Nama botani : Sauropus androgynus
Nama lain : Asin-asin(Utara Semenanjung), mani cai (Cina), rau ngót (Vietnam)

Pengenalan
Pokok cekur manis atau nama saintifiknya Sauropus androgynus merupakan tumbuhan yang banyak terdapat di Asia Tenggara. Terdapat bahagian pokok cekur manis yang boleh dijadikan makanan. Pucuk cekur manis biasa digunakan dalam masakan masyarakat Melayu. Daun cekur manis boleh diperam atau dijeruk dan dijadikan bahan masakan yang sungguh menyelerakan. Ia juga dikenali sebagai mani cai (Cina), dan bahasa Vietnam sebagai rau ngót. Pokok cekur manis terdiri daripada beberapa batang menegak yang mampu mencecah ketinggian 2.5 m dan mempunyai daun bujur gelap sepanjang 5–6 cm. Pokok cekur boleh dibiakkan dengan menggunakn keratan batang atau biji benih. Pokok ini mudah untuk hidup dan lasak dengan keadaan persekitaran.
Kegunaan
Ia merupakan salah satu sayuran daun yang popular di Asia Selatan dan terkenal kerana cekur manis mudah didapati dan rasanya sedap. Pucuknya juga boleh dimakan sebagai ulaman. Di Vietnam, ia dimasak sebagai sup bersama ketam, atau udang kering. Cekur manis merupakan salah satu daripada tumbuhan yang mengandungi vitamin K. Cekur manis bukan hanya boleh dijadikan ulaman, di Malaysia ia biasa dijadikan sayur dalam masakan seperti masak lemak dan sebagainya. Daun cekur manis mengandungi banyak provitamin A karetenoid terutama pada daun yang baru dipetik dan masih segar. Malah cekur manis juga mengandungi vitamin B, C, protein dan juga mineral. Kandungan nutrien dalam daun cekur manis semakin tinggi jika daunnya semakin tua.
Dalam perubatan tradisional, cekur manis sering disarankan kepada ibu-ibu mengandung khususnya untuk memperbanyakkan susu selepas melahirkan anak. Caranya ialah dengan melumatkan daunnya kemudian ditampal pada payudara si ibu. Cekur manis yang dijadikan jus juga paling mujarab untuk mengubati sakit mata dan meredakan demam dan panas badan.

                                                                   daun kesum


Kesum dari segi saintifiknya dikenali dengan nama Polygonum minus huds dan berasal dari keluarga Polygonaceae. Ia mudah ditanam, khususnya di kawasan-kawasan lembap yang berair. Daunnya digunakan sebagai ramuan untuk mengharumkan masakan tempatan seperti laksa dan masak asam pedas.
Selain digunakan di dalam ramuan masakan kesum juga mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Ia mujarab untuk mengubati masalah perut tidak hadam dan masalah kelemumur. Untuk melegakan masalah perut tidak hadam. Daun kesum direbus kemudian airnya diminum. Untuk merawat masalah kelemumur pula, daun kesum ditumbuk kemudian diperah. Air perahan itu dicampur dengan sedikit air sebelum digosok kekulit kepala. Biarkan 3-5 minit kemudian bilas dengan air bersi


Pucuk Putat  "Barringtonia racemosa"

keterangan

Putat merupakan tumbuhan yang biasa dijumpai tumbuh dikawasan tepi sungai atau berhampiran dengan kawasan yang berpaya. Ia merupakan sejenis pokok yang bersaiz sederhana dan boleh mencapai 
ketinggian hingga 10 meter.Ia di jumpai tumbuh dikawasan asia tenggara dan kepulauan pasifik.Terdapat dua jenis putat yang selalunya dijadikan ulam oleh masyarakat melayu iaitu putat hijau dan putat merah. selain dari pucuknya buahnya juga boleh dijadikan ulam.Ada juga putat yang dipanggil putat laut(Barringtonia asiatic) seperti namanya putat ini biasa dijumpai tumbuh berhampiran dengan pantai.daunnya juga agak berbeza dengan daun putat paya dengan warna daunnya hijau gelap yang berkilat.Bentuk buahnya juga berbeza.Walaupun habitat asalnya berhampiran dengan laut ia juga boleh ditanam dalam medium yang lain.



                                                            pucuk midin
                                               


 Orang Terengganu biasanya letak dlm bubur lambut..
Dan di masak sayur air lada hitam...perghhhh sedap...
Midin atau nama saintifiknya Stenochlaena palustris adalah tumbuhan liar yang tumbuh di tanah dataran rendah dalam hutan sekunder dan tempat terbuka seperti kebun getah serta gemar menumpang pokok lain.
Tumbuhan ini juga antara tanaman semusim rizomatous dan epiphytic dengan akarnya mencengkam di tanah yang biasa didapati di kawasan paya gambut dan air tawar serta hutan belukar.

Pengambilan sayur midin sebagai makanan dijamin selamat dan mengandungi pelbagai khasiat dengan setiap 100 gram pucuk muda mengandungi 4.8 mg zat besi, selain mengandungi vitamin A (beta karotene) yang penting bagi menguatkan penglihatan dan mencegah rabun malam.
Selain itu, tumbuhan liar ini kaya dengan mineral terutama fosforus dan kalium. Perubatan secara tradisional percaya pucuk midin mampu mengubati masalah kesihatan seperti penyakit ciri birit dan daunnya yang direbus baik dimakan sebagai ulam.
———————————————





pucuk paku

Terdapat beratus spesis paku pakis [Ferns] yang ada,namun hanya beberapa jenis sahaja yang biasa dan boleh dijadikan sayuran.Pokok paku yang biasanya dijadikan sayuran dari spesis Athyrium Esculentum atau lebih sinonim digelar pucuk paku oleh masyarakat di Pahang.

Lazimnya pokok paku tumbuh meliar di pinggir paya,sungai,ladang dan pada tempat yang agak lembab.Ianya pula membiak dengan jatuhan spora di bawah daun daun yang cukup matang.Ada juga petani dan pengusaha yang membiakan pokok paku ini secara khusus bagi menampung bekalan dari permintaan yang sentiasa ada.
Dari jolokan sayur kampung kini sayur pucuk paku semakin digemari.Untuk di buat sayur pula hanya daun muda atau pucuk sahaja yang digunakan kerana bersifat lembut.

Pelbagai resepi boleh dicuba dengan sayur pucuk paku ini.Antara yang biasa masak lemak kuning / putih,kerabu,digoreng bersama kicap dan lain lain cara mengikut kreativiti masing masing.Sangat menyelerakan bagi penggemarnya.

Mungkin warga PCC ada pendapat yang tersendiri berkaitan dengan sayur pucuk paku ini.



                                                                   ulam raja

Nama Tempatan         :        Ulam Raja 

Nama Saintifik            :        Cosmos
caudatus 

Nama Lain                   :         King
salad, Intan Berayun 

  

Ulam Raja (king salad) sebenarnya adalah tergolong dalam
jenis cosmos yang biasa ditanam sebagai pokok hiasan kerana bunganya yang
cantik dan berwarna warni. Namun yang selalu dijadikan ulam selalunya mempunyai
bunga yag kecil dan berwarna agak pucat(merah jambu pucat) atau putih.Ia juga
dikenali sebagai bokok intan berayun. biasanya ia boleh tumbuh hingga mencapai
2 meter tingginya dan ketinggian yang paling sesuai untuk pertumbuhannya ialah
pada 200 meter dari aras laut. Ia membiak melalui biji benih yang dihasilkan
selepas bunganya matang.Tumbuhan ini berasal dari Amerika latin tetapi boleh
didapati tumbuh secara liar disemua negara asean. ia mengandungi 0.3 peratus
protein, 0.4 peratus lemak dan karbohidrat, ia juga kaya dengan laksium dan
vitamin A.

 

KHASIAT
Ulam raja digunakan dalam perubatan tradisional kerana
khasiatnya yang dikatakan dapat mencuci darah dari bahan toksid dan juga dapat
menguatkan tulang. klorofom yang diekstrak dari daun ulam raja mengandungi
costunolide, stigmasterol, lutein dan bipyridine yang dikatakan dapat
merencatkan aktiviti sesetengah bakteria dan fungus seperti candida albicans
dan Bacillus subtilis dan juga E.choli.
Ulam
Raja ini sangat senang ditanam dan boleh tumbuh dihalaman rumah atau
didalam pasu bunga. Kaedah penjagaan yang mudah dengan siraman air dua
kali sehari akan menjadikan pokok ulam raja mudah membiak dan membesar
dengan cepat. Ianya boleh dijadikan sumber sayuran atau ulaman
seharian. Sangat sesuai ditanam didalam pasu sekiranya anda tinggal
dirumah bertingkat seperti flat atau apartment

daun sireh
Khasiat Daun Sirih
TANAMAN bernama ilmiah Piper betle ini termasuk jenis tumbuhan merambat dan bersandar pada batang pohon lain. Permukaan daun berwarna hijau dan licin, sedangkan batang pohonnya berwarna hijau tembelek (hijau agak kecoklatan) dan permukaan kulitnya kasar serta berkerut-kerut.

Bentuk daun sirih pipih menyerupai jantung dan tangkainya agak panjang. Buah sirih berupa buah buni yang berbentuk bulat berwarna hijau keabu-abuan.
Akarnya tunggang, bulat dan berwarna coklat kekuningan. Kemampuan tanaman ini untuk memanjangkan batangnya bisa mencapai puluhan meter. 


Siapa yang tidak mengenal daun sirih, tanaman yang kaya akan manfaat ini memiliki beberapa khasiat untuk kesehatan dan kecantikan. orang-orang tua juga biasa menggunakannya bersama buah pinang dan kapur untuk di kunyah atau istilahnya menyirih.

Tanaman ini cukup terkenal di berbagai belahan dunia, terutama di kawasan Asia Selatan dan Asia Tenggara. Selain itu, daun ini memiliki nama lokal di berbagai wilayah seperti betel (Perancis), betelhe, vitele (Portugal); sirih (Indonesia), suruh, sedah (Jawa), seureuh (Sunda), ju jiang (China). Sirih dapat dimanfaatkan untuk :

-Anti oksidan
Minyak atsiri dari daun sirih memiliki kandungan minyak terbang (betiephenol), seskuiterpen, pati, diatase, gula dan zat samak dan kavikol yang memiliki daya antioksidasi (mematikan kuman) dan fungisida (anti jamur). Sirih juga mengadung bahan aktif fenol dan kavikol. Daun sirih dapat dimanfaatkan untuk pestisida nabati (mengendalikan hama penghisap)
-Diare
Tumbuk secara bersamaan hingga halus 4-6 lembar daun sirih, 6 biji lada, 1 sendok makan minyak kelapa. Kemudian gosokkan bahan yang sudah halus pada bagian perut. Beberapa saat kemudian diare dijamin akan reda.
-Menghentikan pendarahan gusi
Didihkan 4 lembar daun sirih dengan dua gelas air. Setelah dingin dipakai untuk kumur, diulang secara teratur sampai sembuh.
-Menghentikan pendarahan hidung atau mimisan
Gulung 1 lembar daun sirih sambil di tekan-tekan hingga minyaknya keluar. Kemudian sumbatkan atau tempelkan pada hidup yang berdarah karena mimisan tersebut.
-Sakit gigi berlubang
Rebus 1 lembar daun sirih dengan 2 gelas air sampai mendidih. Setelah dingin pakailah untuk berkumur. Ulang terus sampai sembuh. 


- Untuk mengobati mimisan.
Saat anak anda panas dalam atau kecapean, kadang keluar darah dari hidungnya atau mimisan. kita dapat mempergunakan daun sirih untuk mengobati atau meredakannya. Ambil beberapa daun sirih, cuci dan bersihkan, lipat dan gulung2 lalu masukkan ujungnya sedikit pada salah satu lubang hidung secara bergantian, niscaya dapat meredakan mimisan pada putra putri anda.

- Mengobati keputihan
banyak wanita mengalami masalah keputihan, bau tak sedap dan gatal2 pada organ intim. cobalah untuk mengobatinya dengan khasiat antiseptik alami pada daun sirih. Ambil daun sirih secukupnya lalu rebus. pergunakan air rebusan tadi untuk mencuci organ intim atau cebok. atau bisa juga di gunakan dengan cara berendam dalam air rebusan daun sirih yang sudah hangat-hangat kuku.

-Menghilangkan bau badan
rebus beberapa lembar daun sirih, tunggu hingga dingin lalu diminum.

-. Mengobati bau mulut
Ambil 2 lembar daun sirih lalu di seduh, lakukan kumur2 setiap pagi dan sore hari.





pokok gelenggang

Nama Botani : Cassia Alata
Famili : Caesalpinaceae
Pengenalan

Gelenggang adalah tumbuhan renek yang tumbuh secara meliar di kawasan terbiar terutama kawasan berdekatan dengan air seperti sungai, sawah padi dan paya. Ketinggian pokok ini mencapai sehingga 7 meter. Pokok gelenggang mempunyai bunga yang cantik berwarna kuning. Apa yang menarik, dedaun pokok gelenggang ini akan 'rehat' (tertutup) pada waktu malam. Buahnya dalam bentuk lenggai.

Kegunaan

Daun gelenggang telah digunakan sejak lama dahulu untuk mengubati kurap dan panau. Daun gelenggang yang segar dihancurkan, dicampur dengan sedikit minyak tanah dan dilumurkannya pada tempat yang berkenaan. Daun pokok ini juga dikatakan boleh digunakan untuk hilangkan jerawat.

                                                   pokok senduduk





Nama Botani : Melastoma malabthricum
Famili : Melastomaceae

Pengenalan

Pokok senduduk merupakan sejenis tumbuhan renek yang biasa dijumpai tumbuh secara liar di kawasan terbiar, padang dan ianya lebih menggemari kawasan yang terbuka. Pokok senduduk boleh mencapai ketinggian sehingga 3 meter mengikut usia dan kawasan di mana ia tumbuh. Daun senduduk mempunyai bulu-bulu halus dan ia mengeluarkan bunga berwarna ungu. Pokok ini membiak melalui biji benih dan ia juga boleh dibiakkan menggunakan keratan batang.

Kegunaan

Daun pokok senduduk sering digunakan untuk merawat luka kecil dengan caranya melumatkan daun muda senduduk dan ditampalkan pada bahagian luka. Ia berfungsi untuk menghentikan pengaliran darah dan menyembuhkan luka tersebut. Pucuk senduduk yang masih muda dimakan sebagai ulam dapat merawat cirit birit. Daun senduduk yang dikeringkan dicampur bersama herba lain direbus dan diminum air rebusan tersebut boleh mengatasi masalah keputihan bagi kaum wanita. Daun senduduk yang tumbuk halus dan ditampal pada bisul akan segera memecahkan bisul dan mengecutkan bisul tersebut.

Akar senduduk yang dilumatkan bersama daunnya dan ditampal pada cacar atau parut cacar, dipercayai dapat menghilangkan kesan parut tersebut. Akar senduduk yang dikeringkan kemudian rebus dan diminum oleh ibu lepas bersalin(semasa dalam pantang) dapat menyembuhkan luka, mengecut dan mengetatkan semula rahim.

Untuk merawat buasir, air rebusan campuran akar, daun dan batang senduduk diminum airnya. Jika air rebusan tersebut digunakan untuk berkumur, ia akan meredakan sakit gigi. Air rebusan tersebut juga boleh dijadikan mandian untuk mengatasi masalah lenguh sendi tulang, angin dan ia menyegarkan badan.

Buah senduduk sebenarnya boleh dimakan tetapi ia kurang digemari kerana mempunyai biji-biji kecil dan warna buahnya akan memberi kesan yang lambat hilang pada bahagian mulut. Buahnya sangat digemari oleh burung dan haiwan. Bunga senduduk yang mekar boleh melembutkan kulit muka dengan merendam beberapa kuntum bunga dalam dan air rendaman tersebut digunakan sebagai pembasuh muka. Biarkan seketika dan bilas dengan air suam, kulit muka akan kelihatan segar dan berseri



                                                     lempoyang

Nama botani: Zingiber zerumbit.
Famili: Zingeberaceae

Pengenalan
Lempoyang merupakan tumbuhan dari keluarga zingerberaceae. Ia biasa tumbuh liar tapi banyak juga yang ditanam di sekitar rumah dan kebun kerana khasiatnya dalam bidang perubatan herba. Ia mempunyai bunga berbentuk kon berwarna merah dan mampu bertahan lama.

Kegunaan
Lempoyang merupakan herba utama dan dicampur dengan daun-daun herba lain untuk dijadikan sebagai rebusan mandian herba wanita lepas bersalin. Rebusan daun lempoyang terbukti dapat memberi kesegaran dalaman dan luaran kepada golongan wanita lepas bersalin. Lempoyang juga boleh membantu mengatasi masalah kurang selera makan. Rizom muda lempoyang dimakan secara berteusan sebagai ulam boleh digunakan untuk menambah selera makan. Rizom muda yang dimakan mentah baik untuk wanita yang ingin mengekalkan awet muda. Air rebusan rizom muda lempoyang membantu melegakan atau mengubati sakit perut.
                                                     
                                                                    pokok serai kayu 
Nama Tempatan:
Salam
Nama Saintifik:
Eugenia Polyantha
Nama Lain:
samak kelat, bay leaf, daun salam manting, serah, serai kayu, Daeng klua (Thai),Saramu-rihu. sinonim: Syzygium polyanthum
Famili:
myrthaceae
Lokasi dijumpai:
Tumbuhan liar
Asal:
keterangan:
Pokok salam merupakan sejenis pokok tropika yang biasa ditemui tumbuh liar. Ia boleh mencapai ketinggian hingga 90 kaki.Namun ketinggian yang biasa dijumpai ialah 60 kaki.Ia mepunyai dahan yang merimbun dan dan berbentuk ringkas. Bunganya berwarna merah jambu dan mempunyai bau yang wangi. Buahnya kecil seperti buah beri, berwarna merah yang akan bertukar menjadi coklat apabila matang sepenuhnya.Daunnya yang kering berbau wangi dan mempunyai rasa yang sedikit masam. Ia biasa digunakan sebagai rempah dalam masakan Indonesia terutamanya masakan daging.Ia dikatakan akan menghasilkan aroma yang lebih kuat selepas digoreng atau dipanaskan.Kandungan kimia utama bagi tumbuhan ini ialah :euginol, citral, tanin , flavanoid dan metachavicol.Ia membiak melalui biji benih dan keratan batang.
kegunaan:
Perubatan herba menggunakan daun salam untuk mengubat penyakit seperti kencing manis, cirit-birit dan darah tinggi.Bahagian yang digunakan termasuklah daun, akar, kulit batang dan buahnya.Untuk diabetis melitus caranya dan tekanan darah tinggi, 20 helai daun salam direbus bersama tiga gelas air hingga menjadi satu gelas. Air ini diminum dua kali sehari sebelum makan pagi dan malam.Untuk mengubat cirit birit, daunnya direbus dan disejukkan sebelum dicampur dengan sedikit garam sebelum diminum.Akar dan kulit batang salam boleh digunakan untuk mengubat kudis dengan cara ditumbuk hingga halus dan ditampal pada bahagian yang terlibat sebelum dibalut.Setengah pendapat juga mengatakan daun salam juga boleh digunakan untuk menurunkan kolestrol dengan cara merebus daunnya dan diminum airnya 3 kali sehari.
original tinta : tengok di sini

Tiada ulasan :

Catat Ulasan