Rabu, 4 September 2013

Kek Oren


Biasalah bila nak balik kampung, mesti ada buah tangan dari aku buat keluarga di kampung. Kalau sihat dan ada bahan, maka aku pilih buat kek. Mudah dan ringkas. Entri kali ini buat Kek Oren. Tengok cantik tak kejadiannya? Ini satu adunan bancuhan. Bahagi tiga loyang untuk proses pembakaran... Cepat sedikit masak dari hari-hari sebelumnya.

Baru siap keluar dari Oven...
Sori la camera henset je mampu ambik gambar...

Nampak tak kegebuannya....

Tara... belah dua sudah... tapi x jelas tekstur kek ini...
Yang penting memenuhi lidah & tekak ku...




















Sekarang kita layan resepi. Resepi ini masih juga dalam percubaan . Niat di hati nak pakai buah oren asli. Sebab musim hujan tak sempat la nak pergi beli. Jadi gantikan dengan sunquick...

227 mentega
170 gula kastor
5 biji telur
270 tepung gandum
1sdk serbuk penaik
1/2sdk ovelet (bubuh x pe x bubuh pun x pe)
3sdb susu pekat manis
2sdb sunquick

Cara buat sama sahaja macam kek-kek lain... Pukul-pukul dan masukkan segala bahan. Putar rata...
Kemudian bakar la ikut oven masing2...
Cuma loyang di atas saya pakai suhu 170 min anggaran masa 30 minit. Masak... x masak pandai2 la adjust.


Tiada ulasan :

Catat Ulasan