Jutaan terima kasih kepada anda yang sudi mengunjungi blog PJM yang tidak seberapa ini.Di blog PJM Isu 'copy-paste' juga ada. Kepada sumber original maaf jika terlupa meletakkan link anda. Selain itu, blog ini juga sebagai medium kami menjual PELBAGAI PRODUK secara 'part-time'. Kalau anda minat PM 'Telegram/whatsapp/sms' kami (019-5293442). Saranan saya untuk memudahkan pencarian anda, ANDA HANYA PERLU KLIK PADA LABEL PRODUK YANG ANDA MAHUKAN. CONTOHNYA : ORDER BIO-RZKY.
Jumaat, 30 Ogos 2013
Kek Marble Coklat + Vanila
Kek Marble resepi mak lagi... marvelous... lembut + gebu...
Bila masuk dalam mulut tak terasa mengigit...
Kek ini seolah-olah cair...di mulut...
Mak pesan resepi mak bagi jangan asyik lupa...
tulis...
semuanya dalam buku...
ada masa baru taip kat sini...
Kali nie tersilap loyang saiz 10 inci... mak aiii...
Lain kali dah tau dah... standard orang duk guna 7 & 8 inci je...
Sebelum dibakar |
Siap bakar... belakang kek rupa gini |
Muka atas kek... bercorak bukan |
Belahan kek yang diagih-agihkan untuk disedekah pada jiran + kawan suami + satu lagi makan di rumah je |
Kek Coklat Kukus + Ganache
Percubaan ke-2bermain dengan ganache
Kali ini buat bunga ros plak...
Ehm masih tak puas hati...
Maklumlah budak tak pergi kelas..
Kamera plak cap ayam tak jelas...
kamera mahal dah dicuri orang
Butter Vanila Cake + Ganache Home Made
Percubaan kali pertama bermain coklat + ganache... makan-makan bersama keluarga...
Berat hampir 1.5kg
Dalam Butter Vanila Cake
Kos buat kek nie boleh tahan mahalnya
Nasib habis...
Kata mak aku....
Tak cukup...
Hehehe...
Order Raya lalu..
Nie lebih kepada bentuk beruang macam cookies yang jual kat pasaraya. Tapi saya tak da acuan... senang cerita buat macam nie je... enak sekali ada nestum, oat, susu,butter, badam, chips |
Biskut Satang semut... anak jiran punya suka... siap tanya ada lagi.... :) |
Almond Malaysiaku |
Kuih Cara Manis
1st buat nie.... cantik tak..... |
Sebab aku dah ada loyang bahulu.... macam mak aku punya loyang....
Aku tanya encik google....
Mak.... aiiii... sukatan boleh tahan... aku dah la hidup berdua....
Aku pun telefon mak aku yang terhebat.... hihihi... sebab ayah aku tak pandai buat kuih....
memang superb la resepi mak aku...layan resepi kat bawah....
1 cawan tepung gandum
2 cawan santan cair... lemak pun tak pa.... tapi aku tak nak la berlemak sangat....sedang2 je... (erti kata aku guna santan nie dlm 1 cawan setengah ke 2 cawan. Ikut jenis tepung la.... takut tercair habis/terkeras tak sedap nanti)
sedikit garam
1sd minyak...
sedikit pewarna hijau
sedikit perasa pandan
**** Apa lagi kisar la dalam mesin pengisar sampai semuanya sebati....
***** Dah siap....masukkan dalam loyang.... tapi jangan lupa panaskan loyang terlebih dahulu....dah agak2 separa masak.... letakkan gula.... nanti pandai la gula tue turun sendiri duk tengah2 kuih tue... tudung loyang dengan tudung periuk.... bila dah masak cungkil lah kuih tu bawak keluar dan bagi pasangan selayaknya...
Anggaran aku dapat dalam 30 biji=15pasang... menu petang.... senyum lagi suami aku balik kerja ada kuih kesukaannya...
Cendawan Goreng Tepung
Gulai Ayam
Saya akan telefon master chef terhebat kat dunia ini...
Nak tau... tak.....
Eleh.... mesti nak tau....
----------------
---------------
---------------------
--------------------------
--------------------------------------
--------------------------------------------------------
-------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jawapannya....
MAK & AYAH saya la....
hehehehhee...Resepi Gulai Ayam Mak saya...
Ada bawang, halia dah semstinya.... kali ini tak kisar pun.... cuma dihiris halus bawangnya.. halia saya x hiris pun.... sebab kalau tergigit... memang saya tak suka.... huhuhu....
Tumis macam biasa dengan sedikit minyak.... x lupa juga bahan herba ye.... tumis sampai naik bau... kemudian masuk la rempah kari daging/ayam.... jangan guna rempah ikan plak.... kemudian masuk la ayam yang telah di goreng sedikit mangkal (gelaran mak saya... bahasa banjar yg saya tak tau maksudnya.... tapi saya tau la macam mana rupa mangkal.... OOOOO baru ingat separuh masak)...masuk plak ubi kentang...
Kemudian mak saya pesan masukkan kerisik....agak-agak kata mak saya... terlebih takut jadi lain rasanya... Rasa semua dah sebati... baru masuk santan kata mak saya....Bab sukatan saya belasah dengan lafas bismillahhirrahmanirrahim.... sebab memang tak tau nak sukat-sukat.... Kalau cari dekat GOOGLE mesti ada sukatan punya laaa.... ISh.... melalut saje... sat gi tak dak rasa gulai ayam nie... Mak saya pesan lagi... lepas masukkan santan jangan lupa taruk garam & gula sikit... biar rasa dia sama naik....
Bila tengok ayam.... & ubi kentang dah empuk... tutup lah api gas.... Boleh makan...
Saya menaip resepi ini untuk panduan saya di masa hadapan.... hehehhe
Sayang MAk..... Sayang Ayah.... juga.... sayang keluarga saya.... semestinya tak dilupakan saya sayang suami saya.... bukan suami orang plak kot.... hehhehee.... Kalau adik kakak abang saya baca mesti depa gelakkan saya.... sebab saya nie suka merapu je....
Ayam Bakar Portugis
Jeng! Jeng! Jeng.......
Inilah hasinya AYAM BAKAR PORTUGISku
Terkejut mr hubby.... balik kerja.... tengahhari
Dikejutkan dengan makanan sebegini...
Masa tue kami masih tinggal di bandar diraja...
Rumah plak dekat dengan kilang....
Balik petang tue... terus cakap nak ratah ayam lagi...
Tak mau nasi...
Aku hanya mampu tersenyum....
Baru ingat nak tangkap gambar
###Percubaan masakan yang menjadi....
tapi tak hantar pun dekat kakak ku yang tinggal tak berapa jauh....
maklumlah.... cubaan pertama kali....
perlu ada bahan asas.... macam bawang..... sedikit santan.... kerisik... kalau tengok benda semua nie lebih kurang bahan asas rendang..... so malas nak tulis....
caranya.... senang dan mudah
bawang + serai + sikit cili kering + halia + lengkuas=dikisar halus. Kemudian di masak atas api.... bila dah masak masukkan ayam.... kemudian jangan lupa santan.... kemudian jangan plak lupa bahan herba pembangkit aroma.... bab tue anda pandai-pandai la sendiri. Aku letak sikit perahan asam... sebab aku memang suka...begitu.... x lupa juga pada perasa asli.... macam garam....gula... aku jarang guna pak aji... hehehe.. Lupa plak nak tulis....Kena la ingat bahan herba ditumis bersama bahan kisar... jangan plak dok memandai kisar bahan herba.... tak dak lagi chef kat dunia ni aku tengok dalam tv kisar benda alah tue... kalau ada erti kata aku lepas pandang la.... hehehhe...
Melalut plak... Bila ayam tue korang dah agak-agak macam masak & sebati... Letak la kat aluminium foil... macam gambar kat atas tue..... sebab aku JJCM punya rancangan.... tapi ikan bakar portugis... jadi aku taruk la bendi sebanyak mana aku suka... kebetulan mr hubby memang peminat tegar bendi... jadi tak bermasalah.... bagaimana bendi itu di masak.... aku taruk la apa yang aku nak... kemudian balut kemas-kemas & bakar.... hingga masak... Aku masak x lama pun dalam 20 minit dalam oven... suhu 180 celcius... tang atas dapur gas... agak-agak dah sedikit kering & meresap dalam ayam... baru boleh ke langkah membakar...
Selamat mencuba...
Nasi Tomato + Ayam Goreng Kukus Berempah (Sunquick) + Sup special
Ayam Bakar Black Pepper
Ayam Bakar Black Pepper menggunakan pemanggang ajaib.... betul la... 15 minit-ke 20 minit masak sekata je.... ayam nie..... x hangus.... yg garing-garing itu adalah... bahan perapan..... siap ada juice ayam yang segar. Punya la mr hubby seronak.... dapat jugak makan makanan bakar. sejak ada pemanggang ajaib.... oven buat kek ku selamat dari proses membakar lauk... hehehe.... dulu kalau nak bakar jugak... mesti pakai aluminium foil... takut oven bila bakar kek ada.... bau yang tak selayaknya...
Layan resepinya.... biasalah kita campak sahaja....
tapi dengan lafaz bismillah dan selawat ajaran emakku...
Lepas tu, macam biasa perap la dengan ayam... + sos tiram + kicap sikit + madu sebab malas plak nak guna gula. Jangan lupa pula, ayam tue semestinya telah digaul dengan sedikit kunyit + garam.
Ha! jangan lupa plak nak perap sekali dengan bahan tumbuk....
Kemudian bakar la... Tunggu apa lagi...
Sebab guna pemanggang ajaib... kerja aku jadi mudah... rasanya hari tue aku bakar hampir sebelah ayam.. ikut kata pemanggang ajaib, dalam 20 min gerenti masak. Tak kira la selagi muat pemanggang ajaib itu...Masak api perlahan la.. Kemudian aku balik-balik la ayam tue... aroma sekali buka pemanggang ajaib... sampai jiran aku tanya.... masak apa tue... hehehhe... aku pun jawab la.... apa aku masak... sementara tunggu ayam masak... aku potong je sayur kecemasan... iaitu timun, tomato & salad. Tapi kalau guna pemanggang ajaib apa--apa peralatan, semestinya kita cek lauk kita. Tak masak kita tambah lah sikit masa lagi... Tapi pemanggang ajaib memang ajaib...
Balik je mr hubby makan tengah hari senyum mak aiiii.... teruja.... katanya bau sampai ke luar rumah... Maklumla hari tue... aku terlambat masak sebab sibuk dengan projek penulisan aku... baru berjinak-jinak... katakan... harap la... garapan pertama kali ini mendapat sambutan...
Makan je ayam tue... fuh juice ayam tue merembes keluar. Nasib cukup segala rasanya...
Udang Masak Merah Resepi Emakku...
Udang Besar Masak Merah... |
ada salad gitu.... tak payah menggoreng sayur lain dah.... sekali sekala makan lauk berhias... buatkan mr hubby ku tersenyum gembira.... tengok dia senyum... aku pun gembira.... gambar nie lama dah... baru berkesempatan nak update dalam blog...
ok lah dah.... jam 11.25 pg = 29 / 08 /2013.... esok kita merdeka...
k..nak masak dulu... menu hari nie...
Ayam Masak Rendang Pedas + peria goreng....
Ayam Madu Masak Merah
Ayam Madu Masak Merah (2 orang. Lunch + Dinner) |
Bahan kisar perlu ada bawang merah kecil & besar, bawang putih, halia, lengkuas, serai... kira nie asas la dalam bab kita nak memasak..
Bahan tumis pula semestinya herba-herba yang menaikkan aroma masakan. Kalau korang tak tau apa itu bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis dan sebagainya.... awak semua bolehlah bertanya kepada MR/MISS/MRS GOOGLE... hehehe...
Resepi yang terhasilpun hasil olahan dari tuttttttttttt la....
layan je resepi saya....
Bahan tumis
1 Bunga lawang
1 Bunga cengkih
1 Buah pelaga
1 kulit kayu manis (saya guna sedikit je...siap belah lagi kulit kayu manis nie....)
p/s : tang bab herba nie.... jangan lah awak semua terlebih guna.... kang saya tak dapat jamin rasanya...
Bahan kisar
3 ulas bawang merah halus
1ulas bawang putih
Bawang besar yang sedang2
1/2 inci halia
1biji buah tomato yg sedang
cili kering saya mesin siap... so time masak ikut suka la nak taruk banyak mana
lengkuas saya tak taruk... susah beno nak cari lengkuas kat bandar nie... so guna je bahan yang kita ada
sebatang serai yang dihiris halus... (ketuk pun boleh) tapi saje... nak tengok kuah macam pekat + berpalut
Semestinya ayam tak dilupakan....
Cara-cara masak.
1.Ayam goreng sedang-sedang. Kemudian asing la...
2. Tumis bahan herba naik bau.
3. Kemudian masukkan bahan kisar. Masak sampai semasak-masaknya
4. Kemudian korang masukkalah macam sos tiram.... sos tomato....sos cili....
5. Kemudian lagi kau orang masukkan ayam... masak semasaknya...
6. Jangan lupa plak taruk la garam + gula secukup rasa yang sedap di hujung lidah anda.
7. Sebab ini ayam madu.... jangan lupa letak madu... kalau lupa letak x jadi la ayam madu.hehhee
8. Hiaslah ikut kreativiti kamu sendiri... yg hijau atas ayam tue... daun sup/daun ketumbar
### sebenarnya anda boleh hias macam lauk pengantin... taruk bawang bulat....taruk cili merah besar.... taruk semacam taruk lah... tak salah sekali sekala nak mencantikkan makanan yang nak makan...
Selamat menjamu selera...
Pemanggang Ajaib
Dapatkan Pemanggang Ajaib @
Produk Menang Glassware Dari Saya...
PM saya di email yang tertera
Pastikan anda Dapatkan Pemanggang Ajaib yang ORIGINAL. Ini kerana banyak produk yang seumpama ini di pasaran.
Macam Mana Nak Kenal PEMANGGANG AJAIB ORI KE TAK ORI?
MENGENAL PASTI PEMANGGANG AJAIB ASLI
Pastikan Perkataan IKAN, Pemanggang AJAIB serta logo timbul dari dasar permukaan sebagai jaminan barang yang asli.
WHITEFORD USA 2 LAYER NON-STICK COATING1 Bahagian permukaan terdapat garisan timbul dan 1 bahagian lagi terdapat corak khasi bagi memastikan makan tidak melekat dan terbentuk cantik.
SPECIAL SILICON
Special Silicon dilengkapi untuk meningkatkan tekanan di dalam pemanggang. Ia juga dapat membantu dan membolehkan anda memasak dengan cepat walaupun menggunakan suhu yang sederhana.
Nutrisi Makanan terjaga dan boleh memasak dengan asap dan minyak yang minima
BAKELITE HANDLE WITH MAGNETICPemegang tangkat tetap dan mencengkamkan badan PEMANGGANG AJAIB. Daya Magnet yang kuat dapat meningkatkan tekanan di dalam periuk
Langgan:
Catatan
(
Atom
)