Admin PJM hari tu pergi makan CKT dekat 1 gerai ini. Disebabkan rasa ciput je tauke kedai jual, ibarat makan tak puas. Boleh dikira berapa kali suap dah habis makan. Pinggan alahai tomeinye dah la lonjong dan tak berlekuk. Orang kata kuah bleh tumpahlah kalau bawa tak berhati-hati. Gambar tak perlu kot. Merekakan mencari rezeki setelah dihitung segala kos di belanjakan. PJM order CKT Special ada telur mata lembu.. udang & kerang semestinya dah ada. Harga CKT Special ******... Biarlah rahsia. Sebab peniaga tidak memaksa untuk kita membeli. Jika terasa berkira soal harga masak sendiri & makan sendiri la. PJM memang suka JJCM. 1 minggu sekali sudah menjadi acara wajib. Bila terasa menu di JJCM memenuhi citarasa anak tekak... Mulalah PJM berusaha untuk membuatnya. Masa PJM makan di JJCM, sudah pasti PJM akan 'discuss' dengan Juri sebelah tentang rasa pada lidah. Maka di sinilah bermula episod 'Silat/Taici' di 'kitchen' PJM.
Resepi Char Keaw Tiaw Homemade Citarasa PJM.
PJM menegaskan bahawa PJM bukan pandai sangat bab-bab memasak. Memasak hanya sekadar LULUS di tekak JURI sebelah. Penilaian juri setelah berkali mencuba CKT "paling marvelous dari berkali-kali/pinggan makan sebelum ini". Lain kali Juri bercadang nak makan CKT Special Ketam...
Kos bahan 4 pinggang dewasa makan pasti kenyang & menjadi ular sawa kekenyangan hanya RM 10.00 sahaja.
Cara-caranya:- (Masa penyedian;- 5 minit)
1. Tumis bawang putih naik bau , kemudian masukkan cili mesin tumis hingga masak.
2. Masukkan 4 jenis sos, dan 2 jenis kicap. (Jika 'paste' siap sedia.. bilangan sudu penggunaan paste bergantung kepada jumlah sudu di atas/ikut suka korang lah pepandai sendiri kira...)
3. Masukkan air stok/rebusan.
4. Biar air mendidih betul-betul, baru masukkan Keaw tiaw, sayuran & pecahkan telur. Kacau rata dan boleh dihidangkan
5. Adjustkan perasa mengikut lidah anda.
6. Telur mata sebagai tambahan

Bahan-bahannya:-
(2 pinggan dewasa makan sampai kenyang & jadi ular sawa belingkar..hehehe)
1/2 bungkus pek kecil Keaw Tiaw
1 cawan air (stok udang & kerang) - PJM sediakan awal2 dan simpan dalam peti sejuk. Bila nak guna keluarkan
3sb cili mesin
3sb sos cili#
2sb sos plum#
2 sb sos tiram#
1 sb sos tomato#
2sb kicap pekat#
2 sb kicap manis#
Beberapa ekor udang & biji kerang
Telur 2 biji
5 ulas bawang putih (diketuk)
Sedikit tauge & kucai
2 biji telur mata lembu sebagai tambahan
*** Adjust rasa garam, hula,lada hitam/sulah (serbuk)
Bahan bertanda # ni PJM gaul siap2 jadikan 'paste' bila nak masak senang. Ambil sahaja dalam peti sejuk. (PJM selalunya gandakan untuk 1 bungkus kecil. Bila masak guna separuh sahaja untuk 1/2 bungkus kecil).
PJM guna udang saiz L....
1. Tumis bawang putih naik bau , kemudian masukkan cili mesin tumis hingga masak.
2. Masukkan 4 jenis sos, dan 2 jenis kicap. (Jika 'paste' siap sedia.. bilangan sudu penggunaan paste bergantung kepada jumlah sudu di atas/ikut suka korang lah pepandai sendiri kira...)
3. Masukkan air stok/rebusan.
4. Biar air mendidih betul-betul, baru masukkan Keaw tiaw, sayuran & pecahkan telur. Kacau rata dan boleh dihidangkan
5. Adjustkan perasa mengikut lidah anda.
6. Telur mata sebagai tambahan
2 pinggan CKT SPECIAL (09/03/2015- Makan petang) |
*PJM tertinggal resepi 2sb kicap manis & 2 sb kicap pekat Lain masa PJM buat CKT Ketam PULA.... Selamat Mencuba... |